Tuesday, 28 May 2013

Madu Kelulut Merbok 100% Asli Tanpa Bahan Pengawet dan Bahan Tambahan


Bismillah...Raudah Madu Kelulut

Madu kelulut lebih mahal dibandingkan dengan madu lebah biasa kerana kurang di pasaran.
Produk propolis berwarna kehitaman dikumpulkan oleh kelulut pekerja iaitu resin pokok yang dicampurkan dengan air liur serta makanan seperti debunga dan bunga.


Bahan propolis digunakan untuk melapisi bahagian dalam sarang bagi mengekalkan keadaan steril kerana anak kelulut amat sensitif dengan virus, kulat dan serangga perosak.


Propolis boleh berfungsi sebagai antikulat, antifungus, antibakteria dan antiradang yang biasanya digunakan sebagai bahan aktif dalam kosmetik, krim dan tablet.


Kelulut mudah diuruskan kerana tidak seperti lebah madu yang sering hilang, tidak tinggal di sarang serta mudah diserang penyakit


Kajian turut mendapati madu kelulut mempunyai anti-oksidan yang tinggi, serta kaya dengan antibiotik semulajadi. Atas kelebihan itulah madu kelulut kini dicari mereka yang pentingkan kesihatan. Berbanding dengan madu lebah, madu kelulut dikatakan lebih kuat untuk tenaga batin. Rasanya yang manis dan sedikit masam serta tidak terlalu pekat menyebabkan ia mudah diambil. Seperti madu lebah, madu ini disyorkan diambil sesudu di waktu pagi dan malam, kalau boleh elakkan meminum madu menggunakan sudu keluli. 


Madu lebah kelulut dan mempunyai pelbagai khasiat untuk tujuan perubatan dan kesihatan. Antara penyakit dilaporkan sembuh menggunakan rawatan tradisional produk lebah kelulut adalah diabetis, mellitus, strok, kanser, hipertensi, malah ada juga kes HIV/AIDS. Selain itu, madu kelulut juga boleh mengurangkan masalah sakit-sakit sendi.

Hebatnya Raudah Madu Kelulut

Madu kelulut ini sudah lama diperkenalkan cuma aku agak ketinggalan untuk mengetahui khasiat madu kelulut ini. Apa itu kelulut? Kelulut ini merupakan keluarga lebah juga, namun ia lebih kecil dan tidak bersengat. Seperti lebah, Kelulut ini juga membentuk koloni sosial yang kompleks. Pihak MARDI telah menjalankan kajian terhadap spesies Kelulut ini dan mendapati negara kita ini mempunyai banyak spesies Kelulut. Di semenanjung Malaysia sahaja terdapat 21 spesies Kelulut dan di Sabah dan Sarawak tidak diketahui. Pada pendapat aku, mesti lebih banyak kerana Sabah dan Sarawak mempunyai keluasan yang lebih luas dan hutannya yang lebih luas dan terjaga. Kelulut ini biasanya bersarang pada batang kayu yang telah ditebang.

Kelulut ini menghasilkan madu dan propolis yang kaya dengan antioksidannya. Berbeza sedikit dengan madu biasa, madu dari lebah Kelulut ini berasa sedikit masam dan berwarna lebih cerah. Propolis pula boleh berfungsi sebagai antikulat, antifungus, antibakteria dan antiradang yang biasanya digunakan sebagai bahan aktif dalam kosmetik, krim dan tablet. Madu kelulut ini masih dalam kajian dan bakal dikomersilkan.


Antioksidan ini banyak fungsinya terutamanya dalam masalah penyakit kanser. Antara penyakit yang dilaporkan sembuh melalui kaedah rawatan tradisional mengunakan propolis pula ialah penyakit diabetis mellitus, strok, hepatitis, kanser, hipertensi, batu karang dan HIV/AIDS. Berdasarkan kajian yang dilakukan dibawah seliaan Prof. Madya Dr. Siti Amrah Sulaiman, dari USM menyatakan bahawa madu Kelulut ini mampu menurunkan paras glukos pesakit diabetes dan berkesan untuk menecegah kanser dan gout.

Penemuan Terawal Hebatnya Madu Kelulut


Cara "Menuai" Madu Kelulut


Testing Madu Kelulut


Tempat Pembiakan Madu Kelulut