Menurut Dr. Susan Percival dari Jabatan Nutrisi Manusia dan Sains Makanan, Universiti Florida, Amerika Syarikat (AS), madu lebah mengandungi pelbagai kandungan mineral dan vitamin seperti B6, tiamina, miacin, ribotlorina dan asid pontohenic.
Ia juga mengandungi zat-zat seperti kalsium, zat besi, kuprum, magnesium, manganese, fosforus, potasium, sodium dan zink.
Madu turut mengandungi vitamin B1, B2, C, B6 dan B3. Komposisinya berubah-ubah sesuai dengan kualiti madu bunga dan serbuk sari yang diperoleh lebah.
Madu berperanan sebagai antioksida dalam badan manusia yang mampu menghapuskan bahan-bahan radikal yang menjadi penyebab utama kepada penyakit-penyakit kronik.
Kajian terkini membuktikan, kandungan madu lebah yang terdiri daripada bahan semula jadi pelbagai gula seperti glukos dan fruktos ini mampu meningkatkan stamina, jelas Dr. Susan lagi.
Dalam satu kajian lain, pakar mikrobiologi Amerika, Richard F. Stier mendapati, komposisi unik kandungan madu lebah juga boleh menjadi agen antimikrob untuk merawat kulit yang cedera akibat kebakaran atau luka. Ia juga mampu mengelakkan jangkitan berpunca daripada bakteria.
Fakta ilmiah ini turut diakui para ilmuwan yang bersidang pada Persidangan Apikultur Sedunia (World Apiculture Conference) pada 20 hingga 26 September 1993 di China.
Pada persidangan tersebut dibincangkan perubatan dengan menggunakan ramuan yang berasal daripada madu. Para ilmuwan Amerika mengatakan bahwa madu, jeli raja, serbuk sari dan propolis dapat mengubati pelbagai penyakit.
Sementara seorang doktor yang berasal dari Rumania mengatakan, beliau cuba menggunakan madu untuk mengubati pesakit katarak, hasilnya, 2,002 daripada 2,094 pesakitnya sembuh sama sekali.
Berikut adalah manfaat lain madu :
* Membersih dan membuang segala kotoran yang ada dalam darah.
* Boleh mengendurkan urat-urat yang tegang, tekanan dan kemurungan.
* Boleh menghentikan kesakitan sendi.
* Baik untuk sistem pernafasan
* Perut dapat menyerap madu dengan mudah dan segera tanpa diproses di dalamnya lebih dahulu.
* Boleh membunuh kuman dan virus dalam darah.
* Membaik-pulih dalaman wanita dan memelihara kesihatan kaum lelaki ataupun menambah keharmonian rumah tangga.
* Berupaya menghilangkan gatal-gatal pada kulit serta merta dan menghilangkan parut luka dengan segera.
* Menjana pertumbuhan otak.
* Mencantik, menghalus, melembab dan mengawal keanjalan kulit.
* Digunakan sebagai ubat sakit perut.
* Menghilangkan kahak.
* Memutih dan menguatkan gigi.
Dari Arkib KOSMO.